Kenali Siapa

Shazreeyana Shukri

Shazreeyana Shukri, 36, adalah pengasas produk kecantikan jenama Dermova. Anak Malaysia ini nekad berhijrah demi mencapai apa yang dicitakan hingga menjadi realiti. Lebih 10 tahun yang lalu, dia melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Volgograd State Medical University, Russia sebelum kembali ke tanah air dan menyambung pengajian di Kolej Bersekutu Univerisiti Malaya. Kemudian dia nekad berhenti ketika tahun akhir kerana mahu mengejar impiannya menjadi seorang jurusolek. Pada awalnya, ramai yang meragui keputusannya itu. Apatah lagi apabila masyarakat kita mempunyai perspektif bahawa bidang perubatan menjanjikan kerjaya yang dipandang tinggi oleh semua.

Tidak sesekali goyah dengan pandangan orang, Shazreeyana Shukri terus maju menggapai cita-citanya. Dia mula berjinak sebagai jurusolek pada 2010. Pengalaman dan teknik solekan terus diperoleh apabila dia diberi peluang menjadi jurusolek untuk majalah, pertunjukan fesyen, pengantin, selain aktif dengan penganjuran kelas mekap di Malaysia, Singapura dan Australia.

Sebelum betul-betul melangkah dalam menghasilkan produk jenama sendiri, Shazreeyana Shukri cuba menjadi stokis dengan menjual barangan jenama lain secara dalam talian pada 2016. Dia berjaya membuat jualan sehingga RM1.2 juta pada tahun pertama. Dia akui banyak ilmu yang diperoleh dalam selok-belok bisnes dalam talian, cara merekrut team dan mengetuai team besar selain membuat pemasaran perniagaan. Berbekalkan pengalaman dan ilmu itu, Shazreeyana Shukri telah memberanikan diri untuk mengeluarkan produk sendiri pada Mei 2019.

Terus melebarkan sayap dan terbang jauh, Dermova kini telah mempunyai tiga produk penjagaan kulit dan dua produk kosmetik, selain hadirnya satu jenama gaya hidup dan kesihatan di bawahnya iaitu Hale Nimbus yang mengeluarkan produk disinfektan mesra alam. Shazreeyana Shukri memiliki impian untuk menghasilkan lebih banyak produk lagi di bawah Dermova yang boleh digunakan semua tanpa ragu. Sesuai dengan slogan utama Dermova iaitu ‘love your skin’ yang amat menghargai kulit dan kecantikan para wanita.

PENCAPAIAN

Dalam tempoh kurang dua tahun, Shazreeyana Shukri sudah berjaya menempa nama sebagai pengasas produk kecantikan yang berjaya dan dikenali ramai. Dia bermula dengan hanya 500 unit produk berbekalkan modal yang kecil. Team pada ketika itu hanya 20 orang bersama 3 orang pekerja. Selepas setahun, stok semakin banyak dan pekerja yang membantu menaikkan jenama juga semakin ramai. Hari dan tahun berganti, kini dia telah berjaya melahirkan lima jutawan yang menjana pendapatan bersama Dermova.

ARTIKEL MEDIA

Mstar

SoCantik

Salaam