KEHIDUPAN

Gelaran usahawan berjaya tidak lengkap tanpa niat untuk berbakti kepada masyarakat. Shazreeyana Shukri mahu terus melangkah maju dalam dunia perniagaan supaya dia lebih mudah untuk menghulurkan bantuan pada yang memerlukan. Dia juga mahu memperkasakan lebih ramai lagi wanita terutamanya. Supaya mereka tidak gentar dalam mengikut kata hati dan kemahuan diri. Impiannya untuk melihat lebih ramai individu berani untuk keluar daripada kepompong lama dan cabar diri untuk lebih berjaya dalam hidup.

Sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada dua orang anak, Shazreeyana Shukri juga mahu berikan yang terbaik buat keluarga. Masa dan kasih sayang yang ditumpahkan tidak pernah lokek, biarpun sibuk menguruskan bisnes setiap hari tanpa mengira masa.

BISNES

Shazreeyana Shukri mewujudkan sistem ejen di bawah jenama Dermova dengan tujuan mahu membantu lebih ramai menjana pendapatan dan mengubah kehidupan. Ramai yang sudah berjaya menjana pendapatan lebih bersama syarikatnya, menerusi team Shazreeyana Shukri Millionaire (SS Millionaire). Setakat ini, lima leader berjaya mencapai target jualan RM1 juta pertama hanya dalam tempoh setahun setengah. Dermova telah melahirkan kira-kira 1,500 team yang sama-sama membangun di bawah team SS Millionaire.

Ayuh dengarkan pengalaman salah seorang agent Dermova yang bermula daripada bawah dan kini mampu berbangga dengan kejayaan yang diraihnya

Kejayaan Team SS Millionaire

Dermova telah melahirkan kira-kira 1,500 team yang sama-sama membangun di bawah team SS Millionaire. Ayuh dengarkan pengalaman salah seorang agent Dermova yang bermula daripada bawah dan kini mampu berbangga dengan kejayaan yang diraihnya.

“Saya tidak pernah terfikir untuk dapat membeli rumah, tanah dan kereta saya sendiri selepas menyertai team SS Millionaire. Sewaktu mula-mula menjadi dropship, saya hanya berbekalkan plastik merah kecil yang harganya hanya puluhan ringgit sahaja. Tetapi siapa menyangka, kini saya mampu membeli Alphard sendiri. Alhamdulillah, rezeki keluarga.

“Daripada tiada ilmu untuk menjual, sekarang saya sudah tahu selok-belok menjalankan bisnes. Semua ini hasil usaha dan bantuan tunjuk ajar daripada founder dan team SS Millionaire yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu.

“Dahulu, saya bekerja tanpa mengira waktu hingga kurang luangkan masa bersama anak- anak. Syukur sejak saya sertai SS Millionaire, saya semakin kaya. Kaya dengan masa untuk diluangkan bersama keluarga tersayang. Jika mahu ceritakan perjalanan awal hingga sekarang, sememangnya tidak akan habis. Apa yang saya ingin sampaikan adalah saya sangat bersyukur kerana berani mengambil keputusan untuk sertai team SS Millionaire.”

– Nora Nordin, Super President Dermova

Berjaya Bersama SS Millionaire

Ayuh tambah pendapatan anda dan menjadi usahawan berjaya dengan Dermova.